“Tak Jauh, Dekat Jeeee”

Assalamualaikum 😀

Hari ni (11/09/2017), mama hantar adik mama pi mendaftar kat UiTM Shah Alam.

Macam biasalah, pergi Bahagian Pengambilan Pelajar, daftar kolej dan fakulti. Turun naik tangga angkut barang pun biasa. Yang luar biasa, adik mama ni boleh plak tersilap tengok kolej.

Puas pusing dalam kampus tu cari Kolej Meranti. Rupanya Kolej Meranti tu kat luar dan kolej tu untuk lelaki! Sabaq ja lah. So, mendaftarlah dia kat Kolej Seroja.

Check in bilik 😀

Dah settle semua sekali, perut pun dah bagi isi. Kami pun berangkatlah pulang. Bila dah balik tu, kakak mandi. Mama pun pesan, suruh dia pakai lotion. Dan dia pun berkata;

Kakak : Nak suruh siapa pakaikan lotion, mama? Makngah?

Mama : Kakak la pakai sendiri. Makngah kan dah jauh

Kakak : Mana ada jauh sekolah makngah tu. Dekat jeeee

Memang Bangi – Shah Alam tu dekat pun kakak. 55 minit jeeeee..

 

Sincerely, mamaTiqa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.