“Tak Jauh, Dekat Jeeee”

Assalamualaikum 😀

Hari ni (11/09/2017), mama hantar adik mama pi mendaftar kat UiTM Shah Alam.

Macam biasalah, pergi Bahagian Pengambilan Pelajar, daftar kolej dan fakulti. Turun naik tangga angkut barang pun biasa. Yang luar biasa, adik mama ni boleh plak tersilap tengok kolej.

Puas pusing dalam kampus tu cari Kolej Meranti. Rupanya Kolej Meranti tu kat luar dan kolej tu untuk lelaki! Sabaq ja lah. So, mendaftarlah dia kat Kolej Seroja.

Check in bilik 😀

Dah settle semua sekali, perut pun dah bagi isi. Kami pun berangkatlah pulang. Bila dah balik tu, kakak mandi. Mama pun pesan, suruh dia pakai lotion. Dan dia pun berkata;

Kakak : Nak suruh siapa pakaikan lotion, mama? Makngah?

Mama : Kakak la pakai sendiri. Makngah kan dah jauh

Kakak : Mana ada jauh sekolah makngah tu. Dekat jeeee

Memang Bangi – Shah Alam tu dekat pun kakak. 55 minit jeeeee..

 

Sincerely, mamaTiqa

Potty Train

Dah dua kali cuba untuk potty train kakak.

GAGAL.

Salah satu sebabnya, kakak malas nak ke toilet. Bila ajak dia pergi toilet, dia akan cakap, “Sabaaar”.

Masalahnya, bila dia tiba-tiba bersuara, “ekh, basah dah la mama”, mama pulak yang rasa kurang sabar. -_-”

Dan hari tu ada check up kakak abang kat klinik. Dan masa check up kakak, nurse tu ada cakap kat dia, “kakak dah besar dah ni, boleh pergi toilet sendiri dah, tak payah pakai pampers”

Esoknya, wish is my birthday, dia dengan sendirinya tak nak pakai pampers okay!  😀

Accident happens, here and there, but not so much damage as we’ve been potty training at her opah’s house. Opah ni, bebel kuat sikit. Dan garang. Hahaha. So, kakak ni bila opah suruh pi toilet, dia mesti pi toilet. No excuses!  😛

So, kali ketiga pottyy train, berjaya! Hehehe. Yang paling best, cukup seminggu potty train, mama bawak kakak pi event doodle Lookisslah. Hahaha. Seronok dia 😀

Ada yang nak mama share ke, macam mana mama boleh train dia potty train? 😉

 

truly, mama Tiqah