Acknowledge

Assalamualaikum 🙂

Hari ni nak cerita pasal acknowledge. Haaa, apa yang nak di-acknowledge-kan tu?

Acknowledge what the child feels.

I got this lesson from kakak’s teacher.

Hari tu Kakak cakap dia sakit kaki. Sakit sangat dia punya kaki tu sampai kena melunjur je. Berdiri tegak semua pun tak boleh. But, apa yang peliknya, bila dia nak main ke, ok jeee. Ok sangat la, sampai tempat memanjat kat tempat mainan Ikea tu, ok je dia panjat.

This happen for two days. Selama tu, macam boleh tolerate lagi, dia punya main-main tu. At that time, memang tak tau la dia ni betul-betul sakit ke, ke main-main je. Sebab bila dia sakit tu, Ya Allah, macam kesian sangat la. Tapi bila main tu macam, ok je la pulak. Cergas, lincah je haa.

So, pagi tu, kakak nak air. Dia minta Abi ambikkan kat bilik dia. Masa tu dia dekat bilik Mama. Bilik Mama dengan bilik dia, sebelah sebelah je taaauuu. Pastu dia cakap dia sakit kaki, tak boleh ambik, yada yada yada.

Abi dia get mad, and I am too. So, cakap kat dia, dah sakit, rehat la. Tidur situ. Then, abi dia turun bawah, buat kerja dekat ofis. Mama pulak, turun bawah nak sidai kain. Bukhari opkos la ikut sebab dia nak main kat luar.

And then, suddenly kakak muncul kat bawah, kat dapur tu haaa.

Bayangkan rasa marah kteorg time tu. Bilik dekat, tak nak jalan ambik botol sebab sakit kaki, tapi tiba-tiba boleh turun bawah jumpa Mama Abi.

At this moment, Abi dia refused, tak nak hantar dia sekolah that day. I know that he is upset and frustrated coz at this time, duk fikir yang kakak ni tipu. But, I couldnt wrap my mind about this. Takkan la kakak tipu kan?

So, I pujuk hubs, and we sent her off to school. I told her teacher about this and ask for their help regarding this matter.

In the end of the school session, the teacher sent kakak home and we talk about this.

You know, kakak is very observant person. She is not really open kinda person. If she feels that she is okay with that person, only then she will express her feeling. If not, she will just let the emotions that she feels, terpendam je macam tu, and it is not good you know?

And that is what kakak’s been doing that morning. I feel sad you know.

Both me and hubs not really good at expressing our feeling, and this affected kakak too.

Maybe that morning, she really did rasa sakit dekat kaki. But then when us choose to neglect that, she bottles up that sakit and try to walk down to see me and hubs.

Kat kepala otak dia, dia duk fikir, “Mama dengan Abi marah kakak? Tapi kakak sakit ni. Kakak buat salah ke?”

Haaa, macam tu. It is sad kan? I tengah menaip ni pun still rasa sedih and bergenang air mata bila memikirkannya  😥

Macam mana tau dia betul-betul sakit? Sebab dia memang ada mention dekat teacher yang dia sakit kaki lepas main teng teng. Tapi sebab tak de any injury, so ingat dia maybe jatuh sikit ke. I’ve checked the leg, memang xde nampak apa-apa yang suspicious pun. Kalau bawak pi jumpa doktor pun, tak tau nak cakap apa.

Btw, I am so glad that I seek help from the teacher. I want to raise the kids in good environment, and by having heard, is one of them. And to be heard, acknowledge their feeling is the key. So, yeah..

Do take care ya. I am hoping that you get something from this post. 🙂

 

Sincerely, Mama Tiqah.

Rotan Dengan Bismillah

Assalamualaikum, Selamat Hari Raya!

I am not that late eyh? 😛

Alhamdulillah, mama berpeluang balik ke kampung halaman, sewaktu raya hari tu and its full house, gaisss, Alhamdulillah.

So, macam biasalah, kalau balik kampung, mesti duduk rumah Mak Ngah., and kali ni both anak Mak Ngah, Abang Lan dengan Abang Chok pun ada jugak. Abang Chok mula-mula tak balik, sebab tiket flight dari Sabah nun, last minute kalau beli, RM1000 jugak sorang pergi balik. Depa satu family ja dah 6 orang haaa. Tolak baby sorang, jadi 5 orang, RM5000 jugak weiii  😮

Tapi kalau dah rezeki kan, Alhamdulillah bulan puasa tu musim durian. Since Pak Ngah pun memang duk pajak kebun durian, jaga kebun durian dia, kebun durian mak, adalah rezeki sikit nak belanja depa balik sini. Berkumpul la kami semua sekali kat rumah Mak Ngah Pak Ngah. InsyaAllah, tahun depan boleh beraya kat rumah sendiri pulak kat kampung tu nanti.

Jadi bila dah berkumpul ramai-ramai tu, biasanya memang akan tazkirah sharing dan biasanya memang akan dimulakan oleh Abang Chok. Dalam banyak-banyak topik yang di share tu, I am interested dengan statement dia, which is, “Nak rotan anak pun kena baca Bismillah. Supaya bila kita rotan anak tu, dengan niat mendidik, bukan sebab nafsu marah kita”

Lately, kakak abam kalau bergaduh, memang sampai tahap memukul. Ganas sangat depa tu, tak tau la nak kata. Dan biasanya bila keadaan tu dah lerai, dah bertenang masing-masing, I would explain that, fighting and beat each other is not good. You guys should not do that.

But then, I did realised that sometime when I get mad at them, I would rotan depa. And obviously without the Bismillah la kan, sebab I tengah marah. And it makes me wonder that, did they fight and beat each other because I did that to them? Am I not giving good example to them that they choose to react that way?

So, yeah. That statement really really stuck in my mind, that every time that I became mad at them, I would take a deep breath before I react. Because being mad and punish them isn’t going to solve anything, don’t you think so?

I hope, you get something from this post. Do take care, ya?

Sincerely, Mama Tiqah.

Seminar Rahsia Hipnotis

Assalamualaikum dan Salam Jumaat 🙂

Last week, mama dan suami join kelas Seminar Rahsia Hipnotis. And we both were amazed by the inputs that we get. Siapa kata hipnotis ni macam pukau dan berkait dengan kuasa mistik? Takde okay.

Hipnotis ni, kalau digunakan dengan betul, akan membawa kepada kebaikan.

Dan kalau digunakan dengan cara yang salah, akan membawa kepada keburukan.

Peringatan yang paling penting mama dapat, setiap bait kata2 yang kita keluarkan akan memberi kesan  dan saranan samada kepada kita atau orang lain.

Words is indeed powerful.

Btw, seminar tu start dari pukul 9 pagi sampai 6 petang. Both kids dijaga oleh adik ipar mama, makngah pakngah diaorang. Kakak happy sebab ramai kawan. Abam macam biasalah, manja. Hahaha. Syukur alhamdulillah, diaorang tak buat perangai. 🙂

baca buku dengan Akhi n Arwa
melukis menulis pulak
berebut botol air
Adik Uwais nak bola,tapi abam Bukhari tak bagi. Dia nego dengan suap biskut. Good job.  😛
Mama tertinggal bantal busuk dia. Susah hati dia nak tido mama xde. Alih2 boleh jugak tido sendiri atas sofa. Makngah ajak tido bilik dia takmau  🙂

So, merasalah mama dan abi dating berdua tanpa anak2 di sisi. Hahaha. InsyaAllah bulan 9 ni join yang advanced sikit. Dan alhamdulillah, mama abi dapat diskaun. Terima kasih kat Master Farhan sebab ingat kat kami suami isteri dan terima kasih atas nasihat dan doanya semalam 😀

“Manusia jujur disayang Allah dan Rasul”, Master Farhan

Simple words with great meaning. 🙂

Kalau korang berminat nak join, tekan link ni na >>  www.hypnovengers.com/ihp

 

Salam sayang, mama Tiqah