Impetigo

Assalamualaikum.

So, today mama nak share pasal Impetigo. Impetigo ni, kalau orang kampung, depa panggil kudis api. Kakak abang baru ja kena baru ni.  😕

Impetigo merupakan jangkitan bakteria Staphylococcus Aureus pada kulit. Bakteria ni akan menghasilkan toksin, dan membuatkan kulit jadi gelembung kemerahan dan mempunyai cecair kuning. Bila kering, dia akan jadi hitam keruping. Yang paling tak best, bila gelembung tu pecah, kat mana kena air bisa tu, situ boleh jadi jangkitan juga. Jadi, jangkitan ni boleh kena kat mana-mana ja.  😮

ni masa awal2 jadi

 

ni bila dah start kering

Waktu mula-mula kakak kena dekat lutut su, saiz dia kecik je wei. Kecik sangat. Macam satu button dekat remote tv korang. Kecik kan? Petang tu bila mandi, gedabok besar macam gambar first tu. Geram mama abi tengok tau.

Supposedly, bila dah jadi gelembung tu, pecahkan, cuci dan terus letak krim yang ada antibiotik ok. Antibiotik dan bukan antifungal. Berbeza tu. Kakak hari tu pakai krim Fobancort ni. Alhamdulillah, cepat je eloknya.  😀

Kalau merebak teruk, kena pergi hospital tau, untuk dapatkan antibiotik. Bahaya kalau biar, sebab boleh merebak sampai ke saluran darah, then boleh demam sebab SEPTICEMIA. Kalau pergi ke otak, boleh kena ENCEPHALITIS dan kalau merebak ke buah pinggang, rosak lah buah pinggangnya. Jadi, cepat-cepat berubat okay?  😉

dah sihat, boleh la bergomoi dan berkasih sayang seperti biasa, ye dak? hehehe

Sekian dari mama, take care!  😎