Grimm & Dajal

Assalamualaikum.

How are you guys? Doing great I supposed? 😉

Lama dah nak taip post ni, tapi nauzubillah malas dia. Adoilah.

So, hari tu ada tengok satu tv series ni, tajuknya Grimm.

Grimm ni cerita pasal Nick yang merupakan seorang Grimm yang boleh tengok Wesen. Wesen ni satu makhluk mitos di mana bila dia sedang mengalami emotional feeling, dia akan berubah ke rupa dia yg asal, which is some sort of animal la. Tapi manusia biasa tak boleh nampak Wesen ni, unless Wesen ni sendiri nak tunjukkan muka diaorang.

Wesen ni kalau orang tengok, memang nampak macam orang biasa la. Kerja macam orang biasa, makan macam orang biasa. Tapi ada jugak la yang jahat. Contoh macam Blutbad. Bludbad ni dipanggil juga Serigala. And like typical Wolf stories, dyorg suka dengan girls yang pakai baju warna merah.

So, adalah Bludbad Wesen ni pi culik budak perempuan pakai baju merah tu, pastu nak makan budak tu. Owh, Nick ni pulak polis. Dia la pi tangkap orang tu. And since Nick ni Grimm, bila dia tu yang orang tu Wesen, memang dia akan face to face n biasanya Wesen ni memang akan takut gila la dengan Grimm sebab tok nenek depa dulu asal Grimm jumpa Wesen je, Wesen konfem kena bunuh punya.

Tapi since Nick ni dia tau pasal dia ni Grimm, last minute. Pastu makcik dia yang jaga dia, yang jugak Grimm mati x sempat nak cerita banyak, so things happen for him in a different way.

Ok, cut story short. In the end, dia akan berlawan satu orang jahat ni. Orang jahat ni nak dapatkan stick yg ada kat tangan Nick tu la. Stick ni ada 100 pieces. Bila lengkap semua 100 ni, jadi la satu tongkat. Katanya tongkat sakti macam tongkat Nabi Musa tu haa.

Stick tu sebatang pun dah power dah. Ampa bayang la orang jahat tu ada 99 batang dah, tinggal nak dapat hat Nick punya ja lagi nak bagi lagi power kebabom gitu.

Nak dapat stick ni, dia tak boleh rampas tau. Kena pemilik tu bagi sendiri. So, apa yang orang jahat ni boleh buat adalah, dengan ugut dia, bunuh family dia semua. And that is exactly what he did.

Dia bunuh semua orang yang ada kaitan dengan Nick. Dia siap cakap lagi, Aku boleh hidupkan semua orang yang hang sayang ni kalau hang bagi aku batang tu. Nick memang desperate gila wei, tengok semua orang yang dia sayang mati. Pastu boleh pulak mamat tu demo macam mana dia boleh hidupkan family member dia. And of course la wei, dia give up and nak bagi batang kayu tu dekat mamat jahat tu.

And damn. That is when I realised that what if, tetiba Dajal mai dekat aku, dan offer benda yang sama dekat aku. Mampu dak aku resist? Siapa tak suka wei, orang nak hidupkan orang yang hang sayang? Mesti la suka, mesti la mau. Tapi ni Dajal kot. Fitnah semata. But then, mampu dak aku resist?

Ampa macam mana? Mampu?

 

Mama Tqah…