6 Kepentingan Tummy Time

Assalamualaikum mummies <3

Hari ni mama nak cerita pasal kepentingan tummy time. Both of my kids are a fan of tummy time since dalam pantang lagi. Dan biasanya habis je pantang tu, kepala depa ni dah tegak kuat elok dah. So, lets start! 😉

Tummy time adalah satu perbuatan meletakkan bayi pada posisi meniarap (perut di bawah) sewaktu baby dalam keadaan berjaga dan of course diawasi oleh ibu atau bapa.

6 kepentingan tummy time adalah ;

  1. Membantu menguatkan otot kepala, leher dan bahu bayi
  2. Membantu menghalang berlakunya “plagiocephaly” iaitu keadaan belakang kepala baby menjadi leper
  3. Anak dapat melatih matanya untuk fokus penglihatan jarak dekat
  4. Kajian menunjukkan bayi yang didedahkan dengan aktiviti Tummy time lebih awal & kerap akan lebih cepat mencapai perkembangan meniarap, menyusur, berguling, merangkak dan duduk tanpa sokongan
  5. Dari waktu lahir hingga usia 6 tahun, saiz otak anak akan membesar dengan kadar yang amat pesat. Proses pembesaran ini akan menyebabkan otaknya membesar ke belakang. Anak yang terlalu lama tidur atau berjaga dalam keadaan telentang akan menggugat proses ini. Tummy time membantu otak bayi membesar secara optimum
  6. Mengurangkan masalah kembung perut

Berapa kerap nak buat tummy time? Bagi permulaan, boleh cuba buat dua ke tiga sesi sehari, di mana setiap satu sesi selama tiga ke lima minit. Bila baby semakin besar, boleh tambahkan masa setiap sesi 🙂

Hope this helps, insyaAllah! <3

 

Sincerely, Mama Tiqah