Pertama Kali Naik MRT

Assalamualaikum 😉

Sabtu lepas, 26 Ogos 2017, mama abi bawak kakak abam naik MRT. Tiap kali lalu MRT Kajang masa COD #twelveounces, mesti kakak request nak naik train. “Mama, kakak nak naik train”. “Abi, kakak nak naik train”.  🙄

Dan sepatutnya ada breakfast date dengan bestfriend Abi, but got cancelled. So, we both decided to take MRT after had our breakfast and went to Bukit Bintang.

Kakak tak tau pun yang kami nak bawak dia naik train. Saja kekonon nak buat surprise. Hehehe. And she did! Elok ja kami naik escalator untuk ke tempat naik train tu, train sampai, dan terus la masuk kan. Muka kakak masa tengok train tu sampai, macam happy, macam blur, macam eksaited. Hahaha.

Breakfast mama, roti titab. Mama bukan peminat telur tak masak ni, but for this roti, sedap pulak rasa dia.
Ni mesin nak beli token.

Ok, kat stesen MRT ni, xde kaunter untuk beli tiket. Kat sini pakai token, boleh beli kat mesin ni. Ada mesin untuk topup Touch N Go jugak, tapi hari tu mesinnya rosak, so, kteorang topup kat kaunter je. Dan rate untuk Touch N Go user lagi murah tau, but I dont remember how much.

Kakak gembira sangat. Seronok betul dia dapat naik train 😀
Abam mula2 takut. Duk diam ja, ok? Hahaha. Tapi, awai2 ja lah. 10 15 minit camtu, dah mula sibuk nak gerak sana sini.
<3 US <3

Kami turun kat Bukit Bintang. Kononnya nak pi LOT 10, tapi jalan punya jalan, masuk ke Fahrenheit 88. Lepas tu termasuk Bookxcess. Lepas tu terbeli buku. Hahaha. Banyak nau TER hampa kan? 😛

Muka happy dah sampai Bukit Bintang
Mama tak taw pasaipa depa semangat nak naik tangga. Dah la tinggi. Kuruih mama tau dak? 😛
Bukit Bintang Uolsss.. Motif angkat abam cenggitu? Sebab dia meragam duk lama dalam train. Hahaha
Pilih jangan tak pilih. Tak pilih, abi tak bayar. 😛

Dah habis berjalan, makan, solat, tukar pampers, kami pun pi makan lagi. Hahaha. Nak try Shawarma sebenarnya. Ada kawan2 FB yang pernah belajar Mesir nun, katanya ada satu kedai ni, rasa Shawarma dia seakan-akan rasa Shawarma kat Mesir tu. Kami pun pi la try dah alang-alang ada kat sini kan.

Nama kedai dia, HALAB.

Kedai Halab ni, kat Bukit Bintang, exit Gate F, dekat dengan Hong Leong Bank. Senang ja nak cari 😉 Dan kalau tanya mama, biasa-biasa ja Shawarma ni. Hahaha. Dia rasa macam masam-masam sikit. Tekak Melayu tak layan sangat la kan. Tapi hat yang pernah belajaq Mesir nun, duk lama kat sana, memang Halab ni buat depa terkenang-kenang, igau-mengigau gitu 😛 Worth it tau. Pi la cuba 😀

Habis makan, kami balik. OTW balik tu, abam memang meragam, sebab ngantuk pastu nak nenen lagi. Kami sampai rumah pukul 4 beb. Lama gila berjalan. Tak naik kereta plak tu. Hahaha. Next time kalau nak buat lagu ni, kena bawak stroller la.

Kakak otw balik rumah

Kakak pulak macam tak penat langsung.Balik rumah dia sambung main sticker lekat kat buku yang beli tu. Malam dalam kul 9 tu baru dia tidoq. Sabaq ja lah.

All in all, mamabi is happy tengok kakak happy. Pasni kita naik bas pulak ye kakak? Hehehe 😛

 

Sincerely, mama Tiqah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.