MENU SARAPAN PAGI IBU MENYUSU

Assalamualaikum <3

Hari ni mama nak share satu artikel dari Puan ‘Aisyah. 🙂

Puan ‘Aisyah adalah seorang lactation consultant. Beliau suka menyampaikan ilmu dari blog beliau, nuhababy. Mama, kalau cari apa-apa yang berkaitan penyusuan, jumpa je artikel dari nuhababy, memang tak buka dah blog lain tau.

Start contact, sebab mama nak beli ebook Puting Tenggelam dari Puan ‘Aisyah. Yelah, sejak mama jual cookies ni, macam-macam jenis customer dah mama jumpa. Dan sebab mama pun, bukan nak jual cookies semata-mata, tapi sebab nak educate ibu-ibu ni mengenai penyusuan, kena la tambah ilmu kan?

Dan mashaAllah, banyak betul ilmu yang Puan ‘Aisyah beri dalam ebook ni tau tak. Siap bonus macam-macam lagi. Adore sangat la dengan Puan ‘Aisyah ni <3 Semoga Puan ‘Aisyah terus maju jaya dan setiap ilmu yang Puan ‘Aisyah beri dapat menjadi asbab untuk Puan ‘Aisyah ke syurga nanti, insyaAllah 😀

So, lets read, shall we?


MENU SARAPAN PAGI IBU MENYUSU

Antara menu sarapan pagi ibu menyusu yang berkhasiat, dan saya makan pagi ini ialah :

1) Telur separuh masak 2 biji

2) Roti wholemeal bakar + butter + kaya 2 keping

3) Lactation Cookies

4) Air pati delima

—�—�—

Ibu menyusu penting untuk dapatkan sumber protein yang cukup. Ini kerana, antara kandungan utama dalam susu ibu ialah protein.

Sehari, anda perlukan 100 gram protein dalam hidangan.

1 biji telur = 30 gram protein.

2 biji telur maknanya anda sudah penuhi keperluan 60 gram protein di awal pagi.

Dan boleh dapatkan protein dari sumber lain nanti untuk hari tersebut.

Kalau ibu menyusu kurang protein, badan ibu akan cepat letih & lemah serta bayi jadi kerap menyusu macam tak kenyang.

Roti wholemeal, kaya dengan serat dan beri tenaga.

Pati delima pula, kaya dengan anti-oksidan dan sumber vitamin C semulajadi.

Vitamin C akan termusnah bila kita stress. Jadi, penting untuk pastikan ibu menyusu dapat vitamin C secukupnya.

LACTATION COOKIES KHAS BUAT IBU MENYUSU

Untuk makluman anda, lactation cookies yang saya makan ni mengandungi

1) Rolled oat

2) Flaxseed

3) Black seed

4) Virgin Coconut Oil

5) Eggs

Memang betul-betul saya dah “jatuh cinta” dengan cookies ni sebab bahan-bahan dia yang berkhasiat.

Actually, rolled oat memang lebih bagus daripada oat biasa. Ini yang saya belajar dari Dr Rizal Abu Bakar, Pakar Otak Cantik Otak Cerdik.

Flaxseed antara kekacang yang bagus dan Black seed iaitu habbatus sauda memang terbukti banyakkan susu ibu untuk ibu menyusu.

Virgin Coconut Oil pula, adalah antara 10 superfood yang komposisinya mirip hampir 100% dengan susu ibu.

Kalau kita nak breast cepat-cepat “refill” susu ibu, telan 2 sudu VCO dan VCO akan buat “kerja” cepat untuk gantikan balik susu dalam badan kita.

Gula putih pun takda dalam cookies ni dan hanya guna gula tebu (cane sugar).

Terus terang, saya makan cookies ni memang tak rasa manis. Tak rasa gula.

Prinsip pemakanan saya, cookies kurang gula = bagus.

Kalau tak rasa langsung gula, yang tu lagi bagus. Sebab gula putih kalau berlebihan, akan ganggu penghadaman.

—�—�

KONSEP

Konsepnya begini, kita bukan saja nak fokus susu banyak, tapi kita nak fokus badan ibu juga sihat dan segar bertenaga untuk terus-menerus menghasilkan susu ibu yang terbaik untuk bayi.

Sistem penghadaman bagus = badan ibu segar dan bertenaga = stabilkan mood dan emosi ibu = hormon stabil = barulah susu yang dihasilkan pun cukup untuk bayi.

Susu ibu, walau apapun ibu makan. Memang susu yang terhasil tetap berkualiti.

Cuma, bila ibu kurang sumber seperti sumber protein, serat, dan lain lagi.

Kesannya, ibu menyusu akan jadi cepat rasa letih dan lemah. Cepat lapar.

Jadi, penting untuk ibu menyusu jaga sistem penghadaman.

Sistem penghadaman yang sihat akan bantu ibu menghasilkan susu yang cukup dan badan ibu tetap cergas bertenaga.

—�—�-
CADANGAN SAYA

Menu di bawah sesuai untuk ibu menyusu ambil pada waktu

1) Sarapan pagi

2) Supper : makan malam lewat

Dan juga cookies berkhasiat ini sesuai dibuat kudapan petang atau bila masa kita rasa nak “mengunyah”.

Masa lain, ibu perlu fokus makan nasi + protein + sayur waktu tengah hari dan makan malam ya.

—�—�-
TIPS BANYAKKAN SUSU

Untuk pastikan lagi susu anda banyak dan lancar, pastikan peredaran darah sentiasa lancar.

Caranya : minum air kosong @ minum air suam (jika mampu) dalam tempoh 30 minit sebelum mula pam susu. Dan boleh makan sekali lactation cookies ini.

Dan baru pam susu.

—�—�-
PALING PENTING

Perkara paling penting ialah, ibu perlu

1) Jaga jadual pam susu di tempat kerja

2) Makan makanan dari sumber yang semulajadi dan berkhasiat

3) Pastikan minum air secukupnya dalam 2-3 liter sehari.

Sebab air ibarat “posmen” yang akan lancarkan salur darah dan bantu proses apa yang anda makan.

Barulah anda boleh ambil sebarang milkbooster jika mahu “make-up” cantik lagi diet anda.

Okay, semoga info diatas membantu ibu menyusu lain untuk menjaga pemakanan supaya perjalanan penyusuan anda terus sukses!

PS : Terima kasih Puan Nurul Atiqah Baharuddin atas hadiah cookies ni.

Memang terbaik untuk ibu menyusu yang nak cari cookies sihat macam ni.

Saya dan Nuha suka!

Ada 3 perisa iaitu Molasses Oat, Very Berry Blast, Double Choc Chocolate.

Bagi ibu-ibu yang nak dapatkan juga cookies macam ni.

Boleh PM sahabat saya di fb beliau : Nurul Atiqah Baharudin.

Sila SHARE post ini jika ia bermanfaat untuk anda dan ibu menyusu yang lain!


This is a very nice write up kan?

Hopefully, all of you dapat manfaat dari perkongsian ini. See you soon, insyaAllah <3

Sincerely, mama Tiqah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.