Kenapa Tidak Lebih, Kenapa Tidak Yang Baru, Kenapa Tidak Semuanya?

Assalamualaikum..

First time mama dengar cerita ni masa tengah siapkan breakfast waktu raya. Sembang-sembang macam-macam. Dan cerita ni melekat betul dekat hati mama. So, mama nak share dengan readers blog mama. Mama google dan jumpa dalam bahasa Indonesia. So, mama tolong translate kasi korang faham naa. Hayati la noh. 😉

Alkisah, ada seorang sahabat Rasulullah S.A.W, yang bernama Sya’ban Radhiallahu anhu (r.a). Ia termasuk  seorang sahabat yang tidak begitu menonjol jika dibandingkan dengan sahabat-sahabat Rasul yang lain.

Beliau mempunyai suatu sikap yang unik, iaitu setiap kali masuk ke masjid sebelum solat berjemaah, dia selalu beri’tikaf di sudut depan bahagian masjid. Dia selalu mengambil posisi di sudut depan bukan kerana supaya mudah bersandar atau tidur, namun kerana tidak mahu mengganggu orang lain dan tidak mahu terganggu oleh orang lain dalam beribadah.

 

Kebiasaan ini sudah diketahui dan difahami oleh para sahabat, bahkan oleh Rasulullah S.A.W sendiri, bahawa Sya’ban r.a. selalu berada di posisi tersebut setiap waktu termasuk waktu solat berjemaah.

 

Suatu pagi ketika solat subuh berjemaah hendak dimulakan, Rasulullah S.A.W mendapati bahawa Sya’ban r.a. tidak berada di posisinya seperti yang biasa dia lakukan. Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada jemaah yang hadir, adakah yang melihat Sya’ban r.a.

 

Namun tidak seorang pun jemaah yang melihat Sya’ban r.a. subuh itu. Solat subuh pun ditunda sebentar untuk menunggu kehadiran Sya’ban r.a, namun yang ditunggu tidak muncul juga. Bimbang waktu solat subuh mendekati Syuruk, akhirnya Rasulullah S.A.W memutuskan untuk segera melaksanakan solat subuh berjemaah.

 

Selesai solat subuh, Rasul bertanya, adakah yang mengetahui khabar dari Sya’ban. Namun tidak ada seorang pun yang menjawab. Rasulullah S.A.W bertanya lagi, adakah yang mengetahui di mana rumah Sya’ban r.a. Akhirnya, ada seorang sahabat yang mengangkat tangan dan mengatakan bahawa dia mengetahui di mana rumah Sya’ban r.a.

 

Rasulullah S.A.W yang merasa bimbang sekiranya terjadi sesuatu dengan Sya’ban r.a, meminta dihantarkan ke rumah Sya’ban pagi itu. Ternyata perjalanan dengan jalan kaki cukup jauh dan lama juga ditempuh oleh Rasulullah S.A.W beserta rombongan, sebelum akhirnya sampai ke rumah yang dimaksudkan.

 

Perjalanan rombongan Rasulullah tiba ke rumah yang dituju, saat waktu terbaik untuk melakukan solat dhuha (lamanya kira-kira 3 jam perjalanan). Sampai di depan rumah tersebut, beliau lalu mengucapkan salam. Maka keluarlah seorang wanita sambil membalas salam tersebut.

 

“Benarkah ini rumah Sya’ban?” Rasulullah bertanya.

“Ya benar, saya isterinya” jawab wanita tersebut.

“Bolehkah kami menemui Sya’ban r.a, yang tadi tidak hadir saat solat subuh di masjid?”

Dengan isak tangis dan berlinangan air mata, isteri Sya’ban r.a pun menjawab:

“Beliau telah meninggal dunia tadi pagi ya Rasul”

“Innalilahi wa inna ilaihi rojiuun”.

 

Subhanallah!, ternyata satu-satunya penyebab dia tidak solat subuh berjemaah adalah kerana dia sudah dijemput ajal.

 

Beberapa saat kemudian isteri Sya’ban bertanya kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasul…!, ada sesuatu yang menjadi tanda tanya kami sekeluarga, iaitu menjelang kematiannya dia berteriak sampai tiga kali dengan masing-masing teriakan disertai satu kalimat.

“Kami semua tidak paham apa maksudnya, ya Rasul?”.

“Apakah kalimat yang diucapkannya?” tanya Rasulullah S.A.W.

 

Di setiap teriakannya dia mengucapkan kalimat;

“Aaah, kenapa tidak lebih jauh…”

“Aaah, kenapa tidak yang baru…“

“Aaah, kenapa tidak semua…”

 

Rasulullah S.A.W kemudian membacakan ayat yang terdapat dalam surat Qaaf [50] ayat: 22, yang ertinya: “Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan lalai dari (hal) ini, maka Kami singkapkan dari padamu hijab (yang menutupi) matamu, maka penglihatanmu pada hari itu amat tajam“ (Qs.Qaaf [50]:22)

 

Ternyata, saat Sya’ban r.a dalam keadaan sakaratul maut, perjalanan hidupnya selama di dunia ditayangkan ulang oleh Allah Subhanahu wa Taála. Bukan cuma itu, semua ganjaran dari perbuatannya itu diperlihatkan oleh Allah Subhanahu wa Taála. Apa yang dilihat dan disaksikan oleh Sya’ban r.a (dan orang yang sedang menghadapi sakaratul maut), tidak bisa disaksikan oleh orang lain yang masih hidup.

 

masjid-senja

Dalam pandangannya yang tajam itu, Sya’ban r.a melihat suatu adegan dimana dalam kesehariannya dia pergi-pulang ke masjid untuk solat berjamaah lima waktu. Perjalanan yang ditempuhnya sekitar 3 jam jalan kaki sudah tentu bukanlah jarak yang dekat.

 

Dalam tayangan itu pula Sya’ban diperlihatkan pahala yang diperolehnya dari setiap langkah-langkahnya ke masjid. Dia melihat seperti apa bentuk syurga ganjarannya. Maka, saat melihat itu dia lalu berucap:

“ Aaah, kenapa tidak lebih jauh…”

Timbul penyesalan dalam diri Sya’ban r.a, mengapa rumahnya tidak lebih jauh lagi supaya mendapat pahala yang  lebih banyak dan mendapat syurga yang lebih indah.

“……..”

 

old

 

Dalam penggalan kalimat berikutnya, Sya’ban r.a, melihat saat ia akan berangkat solat berjemaah di musim sejuk. Saat ia hendak membuka pintu, tiba-tiba berhembuslah angin dingin yang menusuk tulang.

Tak lama kemudian dia masuk kembali ke rumahnya mengambil satu baju lagi, untuk dipakainya kerana merasa kesejukan. Jadi sekarang dia mengenakan dua buah baju.

 

Sya’ban r.a, sengaja memakai pakaian yang baru di bagian dalam dan yang lusuh di bagian luar. Fikirnya dalam hati, sekiranya nanti terkena debu, sudah tentu yang terkena debu hanyalah baju yang bahagian luarnya, nanti sampai di masjid dia boleh membuka baju luar dan solat dengan mengenakan baju yang lebih elok.

 

Namun dalam perjalanan menuju masjid, dia mendapati seseorang yang sedang terbaring menggigil kesejukan. Sya’ban pun merasa kesian melihatnya, kemudian segera membuka baju yang bahagian luarnya lalu dipakaikan kepada orang tersebut serta memapahnya bersama-sama menuju masjid untuk melaksanakan solat berjemaah.

 

Orang itu pun terselamat daripada mati kesejukan dan sempat melakukan solat berjamaah. Sya’ban r.a pun kemudian melihat indahnya syurga sebagai balasan dari memakaikan baju buruknya kepada orang tersebut. Kemudian dia berteriak lagi: “Aaah, kenapa tidak yang baru…!” Timbul lagi penyesalan di benaknya.

 

Jika dengan baju buruk sahaja membolehkan dia mendapat pahala yang begitu besar, sudah tentu ia akan mendapat yang lebih besar lagi, sekiranya memakaikan baju yang baru.

 

“……….”

 bread-and-milk-300x200

Berikutnya, Sya’ban r.a melihat lagi suatu adegan saat dia hendak sarapan dengan roti yang dimakan dengan cara mencelupkan dulu ke segelas susu. Mungkin, bagi yang pernah pergi ke tanah suci sudah tentu mengetahui sebesar apa ukuran roti Arab.

 

Ketika dia baru saja hendak bersarapan, tiba-tiba muncullah seorang pengemis di depan pintu agar diberikan sedikit roti kerana sudah lebih 3 hari perutnya tidak di isi dengan makanan. Melihat kejadian tersebut, Sya’ban r.a merasa hiba dan kasihan. Dia kemudian membahagi dua roti itu sama besar, demikian pula segelas susu itu pun dia bahagi dua.

 

Kemudian mereka makan bersama-sama dengan roti itu yang sebelumnya dicelupkan kedalam susu, dengan porsi yang sama pula… Allah Subhanahu wa Taála kemudian  memperlihatkan pahala dan ganjaran dari perbuatan Sya’ban r.a dengan syurga yang indah.

 

Demi melihat itu dia pun berteriak lagi: “Aaah, kenapa tidak semuanya…!” Sya’ban r.a kembali menyesal. Seandainya dia memberikan semua roti itu kepada pengemis tersebut, tentulah dia akan mendapatkan syurga yang lebih indah lagi.

Masyaallah!, Sya’ban bukan menyesali perbuatannya, tapi menyesali mengapa tidak memberikan yang terbaik.

Always remember to do give your full efforts. 😉

Sincerely;

mamaDarwisy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.