Kaedah Merancang Keluarga Bagi Ibu Menyusu

Assalamualaikum <3

Hari ni Mama nak share mengenai kaedah merancang keluarga bagi ibu menyusu.

Kaedah merancang yang mama nak share ada 4, iaitu pil perancang, Depo Provera, Implanon dan IUCD.

PIL PERANCANG

Terdapat dua jenis pil perancang, iaitu pil mini dan pil kombinasi.

  • Pil mini merupakan pil yang dipreskripsi khas untuk ibu menyusu. Pil ini mengandungi hormon progestron. Pil ini mestilah diambil pada waktu yang sama setiap hari, bagi memastikan keberkesanannya dalam merancang kehamilan.
  • Pil kombinasi pula, merupakan pil yang mengandungi hormon progestron dan estrogen. Pil ini dapat mengurangkan pengeluaran susu ibu.

Walaupun pil perancang mudah didapati, ibu seharusnya mendapatkan preskripsi doktor terlebih dahulu. Ini kerana, doktor akan memastikan kesihatan ibu berada dalam keadaan baik, kerana ada sesetengah ubat akan memberikan side effect sekiranya diambil bersama-sama dengan pil perancang.

Depo Provera (Suntikan Depo)

Suntikan depo ini mengandungi hormon progestron. Suntikan ini akan memekatkan lendir pada pintu rahim dan menjadikan sperma susah masuk. Suntikan diberi setiap 3 bulan. Suntikan depo ini tidak menggangu penyusuan ibu.

Implanon (Implan)

Implanon adalah sesuatu alat yang berbentuk lidi dan dipasang di bawah kulit lengan. Implan ini mengandungi hormon progestron yang akan menghalang pengeluaran telur. Hormon dikeluarkan secara berterusan.  Boleh bertahan sehingga 3 atau 5 tahun. Pemakaian implan tidak menggangu penyusuan ibu.

Intrauterine Contraceptive Device (IUCD)

IUCD adalah alat yang dimasukkan di dalam rahim untuk mencegah kehamilan. Ia tidak mengandungi sebarang hormon. IUCD perlu ditukar setiap 3 tahun. Ia tidak menggangu penyusuan ibu.

Mama Tiqah setakat ni pakai implanon. Senang dan mudah. Tapi so far, masih tak datang period. Yelah, sebab melibatkan hormon kan.

Apa-apa pun, jumpa doktor masing-masing ya, untuk dapatkan cara merancang yang terbaik.

Sincerely, Mama Tiqah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.