GROWTH SPURT

Assalamualaikum, hai uols.

Ada yang rindu mama tak? Hahaha. Semalam ada orang puji, blog ni cantik. Tapi mama sedar, blog cantik tapi sunyi sepi, tiada guna. Hehehe.

Jadi hari ni, mama nak cerita pasal growth spurt.

 

Comey dak background? Hehehe

Jom kenal tanda-tanda growth spurts

Ianya sangat normal bagi bayi untuk minum susu dengan kerap sewaktu growth spurt sedang berlaku

Sekiranya anda menyusu badan, susukan sahaja si manja setiap kali dia mahukan susu. Dari 8 kali waktu penyusuan, kadangkala boleh menjangkau hingga ke 12 ke 14 kali waktu menyusu pada satu hari.

Sekiranya anda memberikan susu formula kepada si manja, tidak perlu bertukar susu atau menambahkan nestum ke dalam susu yang akan memberi mudarat kepada bayi, tetapi cukup dengan memberikan lebih susu kepada bayi.

Anda akan perasan akan perubahan bayi yang mahu menyusu bukan pada waktu kebiasaan dia menyusu. Ini adalah sangat normal kerana dari 3 jam sekali, kadangkala sewaktu growth spurts berlaku, bayi akan menyusu setiap 2 jam sekali atau sejam sekali.

Jangan rasa bimbang atau sedih. Dapatkan bantuan orang terdekat dengan anda seperti suami atau ahli keluarga yang lain. Rehat bila si manja rehat.

Anda akan perhatikan yang si manja lebih suka untuk didukung dan akan menangis tatkala diletakkan di bawah.

Kajian pakar kanak-kanak mendapati growth spurts sering disertai dengan perkembangan baru bayi. Mana tahu selepas growth spurts ini, si manja mahu belajar meniarap atau merangkak!

Sementara itu, peluk si manja bagi menenangkannya.

Mengamuk dan meragam adalah normal sewaktu growth spurt. Si manja kadangkala meragam selepas waktu menyusu. Dia mungkin kerap meragam di waktu siang dan tidak mahu tidur di waktu malam. Jangan risau kerana growth spurt akan berlalu dalam 2 ke 3 hari.

Sewaktu tidur, otak bayi akan mengeluarkan satu protein yang dipanggil Human Growth Hormone (HGH). Jadi tidak hairanlah sekiranya bayi kerap tidur sewaktu growth spurt. Nasihat saya? Tidur bersama! 😉

Walaubagaimanapun, sesetengah bayi memilih untuk kurangkan waktu tidur sewaktu growth spurt. Anak anda mungkin akan tidur sekejap sewaktu siang atau kerap terjaga di waktu malam. Tak perlu risau kerana ia akan beransur pulih dalam beberapa hari.

Anda mungkin tak perasan yang si manja bertambah besar, tapi pastinya anda akan perasan sekiranya si manja bertambah berat. Growth spurts biasanya berlaku seiring dengan pertambahan berat bayi.

Skema tak ayat? Hehehe. Ni semua dari posting kat fanpage mama haa. Kalau anda seorang yang rajin, pergi like page mama tu. Ada mama letak kat belah kanan blog ni. Hehehe.

Tq uols. Nanti mama update lagi.

 

Sincerely, mama Darwisy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.