Choose Your Friend Wisely

Assalamualaikum.

Salah satu azam tahun ni, adalah untuk membaca lebih banyak buku berilmiah, at least 1 book per month.

So, I choose to re-read Biografi Muhammad Bin Abdullah, keluaran PTS for January reading material. Kali ni, membaca dengan lebih tekun, alhamdulillah.

There is one story that touched and make me sad.

Waktu Rasulullah nak menyebarkan agama Islam di Mekah, ramai orang besar Quraisy yang tak suka kan. Diaorang habis-habisan nak perangi Rasulullah S.A.W.

Jadi ada seorang pembesar orang bukan Islam Quraisy ni, namanya Uqbah bin Abi Mu’ayyit jemput Rasulullah S.A.W datang makan ke rumah dia. Dia puas pujuk Rasulullah makan, tapi Rasulullah tak nak makan, selagi Uqbah ni tak mengucap dua kalimah syahadah.

Ampa kena faham, bagi depa, tetamu ni sesuatu yang besaq tau. Depa rasa malu kalau tak dapat tunaikan hajat tetamu. Jadi, Uqbah pun mengucap dua kalimah syahadah, supaya Rasulullah S.A.W mau makan apa yang dia hidang.

Jadi, bila pembesar orang bukan Islam Quraisy ni dah mengucap dua kalimah syahadah, orang bukan Islam Quraisy yang lain mengamuk marah la. Termasuklah Ubay bin Khalaf, sebab Ubay ni BFF si Uqbah tadi.

Ubay tu punya marah, dia pi jumpa si Uqbah dan cakap, “Uqbah, aku tak nak tengok dah wei, muka hang lepas ni. Hang bukan kawan aku sampailah hang pi ludah muka Muhammad tu. Macam mana hang boleh mengucap depan dia, macam tu lah hang pi ludah kat muka Muhammad”.

Tera tu sekali depa benci dengan Rasulullah. Sedih kan? 🙁

Pastu Uqbah tu pening la. Nak pilih Muhammad, Rasul Allah ka, nak pilih kawan-kawan dia yang jugak pembesar Quraisy?

Puas fikir, dia pun akhirnya pilih kawan-kawannya Quraisy tadi. Dia pun pi la ludah kat muka Muhammad S.A.W  tapi subhanallah Muhammad tetap sabar.

Oleh dengan ini, Allah pun turunkan ayat dalam surah Al-Furqan ayat 28-29 yang bermaksud;

Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib! Sesungguhnya dia menyesatkan daku dari jalan peringatan Al-Quran selepas ia disampaikan kepadaku. Dan adalah syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia yang menjadikan dia sahabat karibnya.

Yalah, si Uqbah ni tadi dah hampir-hampir Islam wei. Tapi sebab kawan baik dia Ubay tu, dah tak Islam dah dia. Kat akhirat nanti, dia akan rasa menyesal sangat-sangat sebab Islam dah ada kat tangan dia, tapi dia pi tolak sebab duk pikir apa yang kawan dia cakap.

Cerita ni buat mama tertanya-tanya la, am I a good friend? For my spouse? For my kids? For my family? For my friends?

Well, I dont know. But I do hope that I can change to be better person, to be a better friend, to be a person that can help others do good for the sake of Allah. Tak banyak pun, sikit lah.

Hmm, tell me what you think in the comment section below ya?

Till then, take care.

 

Sincerely, Mama Tiqah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.