Grimm & Dajal

Assalamualaikum.

How are you guys? Doing great I supposed? 😉

Lama dah nak taip post ni, tapi nauzubillah malas dia. Adoilah.

So, hari tu ada tengok satu tv series ni, tajuknya Grimm.

Grimm ni cerita pasal Nick yang merupakan seorang Grimm yang boleh tengok Wesen. Wesen ni satu makhluk mitos di mana bila dia sedang mengalami emotional feeling, dia akan berubah ke rupa dia yg asal, which is some sort of animal la. Tapi manusia biasa tak boleh nampak Wesen ni, unless Wesen ni sendiri nak tunjukkan muka diaorang.

Wesen ni kalau orang tengok, memang nampak macam orang biasa la. Kerja macam orang biasa, makan macam orang biasa. Tapi ada jugak la yang jahat. Contoh macam Blutbad. Bludbad ni dipanggil juga Serigala. And like typical Wolf stories, dyorg suka dengan girls yang pakai baju warna merah.

So, adalah Bludbad Wesen ni pi culik budak perempuan pakai baju merah tu, pastu nak makan budak tu. Owh, Nick ni pulak polis. Dia la pi tangkap orang tu. And since Nick ni Grimm, bila dia tu yang orang tu Wesen, memang dia akan face to face n biasanya Wesen ni memang akan takut gila la dengan Grimm sebab tok nenek depa dulu asal Grimm jumpa Wesen je, Wesen konfem kena bunuh punya.

Tapi since Nick ni dia tau pasal dia ni Grimm, last minute. Pastu makcik dia yang jaga dia, yang jugak Grimm mati x sempat nak cerita banyak, so things happen for him in a different way.

Ok, cut story short. In the end, dia akan berlawan satu orang jahat ni. Orang jahat ni nak dapatkan stick yg ada kat tangan Nick tu la. Stick ni ada 100 pieces. Bila lengkap semua 100 ni, jadi la satu tongkat. Katanya tongkat sakti macam tongkat Nabi Musa tu haa.

Stick tu sebatang pun dah power dah. Ampa bayang la orang jahat tu ada 99 batang dah, tinggal nak dapat hat Nick punya ja lagi nak bagi lagi power kebabom gitu.

Nak dapat stick ni, dia tak boleh rampas tau. Kena pemilik tu bagi sendiri. So, apa yang orang jahat ni boleh buat adalah, dengan ugut dia, bunuh family dia semua. And that is exactly what he did.

Dia bunuh semua orang yang ada kaitan dengan Nick. Dia siap cakap lagi, Aku boleh hidupkan semua orang yang hang sayang ni kalau hang bagi aku batang tu. Nick memang desperate gila wei, tengok semua orang yang dia sayang mati. Pastu boleh pulak mamat tu demo macam mana dia boleh hidupkan family member dia. And of course la wei, dia give up and nak bagi batang kayu tu dekat mamat jahat tu.

And damn. That is when I realised that what if, tetiba Dajal mai dekat aku, dan offer benda yang sama dekat aku. Mampu dak aku resist? Siapa tak suka wei, orang nak hidupkan orang yang hang sayang? Mesti la suka, mesti la mau. Tapi ni Dajal kot. Fitnah semata. But then, mampu dak aku resist?

Ampa macam mana? Mampu?

 

Mama Tqah…

Choose Your Friend Wisely

Assalamualaikum.

Salah satu azam tahun ni, adalah untuk membaca lebih banyak buku berilmiah, at least 1 book per month.

So, I choose to re-read Biografi Muhammad Bin Abdullah, keluaran PTS for January reading material. Kali ni, membaca dengan lebih tekun, alhamdulillah.

There is one story that touched and make me sad.

Waktu Rasulullah nak menyebarkan agama Islam di Mekah, ramai orang besar Quraisy yang tak suka kan. Diaorang habis-habisan nak perangi Rasulullah S.A.W.

Jadi ada seorang pembesar orang bukan Islam Quraisy ni, namanya Uqbah bin Abi Mu’ayyit jemput Rasulullah S.A.W datang makan ke rumah dia. Dia puas pujuk Rasulullah makan, tapi Rasulullah tak nak makan, selagi Uqbah ni tak mengucap dua kalimah syahadah.

Ampa kena faham, bagi depa, tetamu ni sesuatu yang besaq tau. Depa rasa malu kalau tak dapat tunaikan hajat tetamu. Jadi, Uqbah pun mengucap dua kalimah syahadah, supaya Rasulullah S.A.W mau makan apa yang dia hidang.

Jadi, bila pembesar orang bukan Islam Quraisy ni dah mengucap dua kalimah syahadah, orang bukan Islam Quraisy yang lain mengamuk marah la. Termasuklah Ubay bin Khalaf, sebab Ubay ni BFF si Uqbah tadi.

Ubay tu punya marah, dia pi jumpa si Uqbah dan cakap, “Uqbah, aku tak nak tengok dah wei, muka hang lepas ni. Hang bukan kawan aku sampailah hang pi ludah muka Muhammad tu. Macam mana hang boleh mengucap depan dia, macam tu lah hang pi ludah kat muka Muhammad”.

Tera tu sekali depa benci dengan Rasulullah. Sedih kan? 🙁

Pastu Uqbah tu pening la. Nak pilih Muhammad, Rasul Allah ka, nak pilih kawan-kawan dia yang jugak pembesar Quraisy?

Puas fikir, dia pun akhirnya pilih kawan-kawannya Quraisy tadi. Dia pun pi la ludah kat muka Muhammad S.A.W  tapi subhanallah Muhammad tetap sabar.

Oleh dengan ini, Allah pun turunkan ayat dalam surah Al-Furqan ayat 28-29 yang bermaksud;

Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib! Sesungguhnya dia menyesatkan daku dari jalan peringatan Al-Quran selepas ia disampaikan kepadaku. Dan adalah syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia yang menjadikan dia sahabat karibnya.

Yalah, si Uqbah ni tadi dah hampir-hampir Islam wei. Tapi sebab kawan baik dia Ubay tu, dah tak Islam dah dia. Kat akhirat nanti, dia akan rasa menyesal sangat-sangat sebab Islam dah ada kat tangan dia, tapi dia pi tolak sebab duk pikir apa yang kawan dia cakap.

Cerita ni buat mama tertanya-tanya la, am I a good friend? For my spouse? For my kids? For my family? For my friends?

Well, I dont know. But I do hope that I can change to be better person, to be a better friend, to be a person that can help others do good for the sake of Allah. Tak banyak pun, sikit lah.

Hmm, tell me what you think in the comment section below ya?

Till then, take care.

 

Sincerely, Mama Tiqah.

New Obsession

Assalamualaikum <3

Well, I got a new obsession and it is still in love-hate relationship. Hahahaha.

Kalau yang kenal mama, skincare mama selama ni, hanyalah pencuci muka Safi timun tu, pastu bila time bulan mengambang, pakai bedak sejuk ke kalau jerawat keluar. Itupun bukan selalu la jerawat keluar. Seriously. Kulit muka mama senang jaga macam tu.

Dan selalunya kalau beli apa2 skincare punya product, mesti last sekali almari yang pakai. Sebabnya, mama kurang rajin nak apply, atau, sebab bila pakai skincare tu, kulit jadi break out.

Sampailah usia mama berganjak ke 25 tahun, muka bersih, tapi kusam. I dont like it. Huhuhu. So, last year, join Me Time Event, organised by kak Sara from MJSS and Sutrina punya team. They introduced me to Mary Jadin and Sutrina punya products. And I loveee them so much!

Since kenal hubs, dia jenis buat betul2 atau tak yah buat langsung. Mama pun dah terbabit sama la dengan perangai hubs ni haa. So hari tu beli Essential Set dari Mary Jardin, and Starter Kit from Sutrina.

Mary Jardin ni more to skincare punya products dan Sutrina ni pulak make up punya products. And know what? Make up tu bukan hat tebal2 macam makeup pengantin tu, tapi ada je yg basic makeup for daily use, for you to look sweet in front of your darling hubby. But still, sebab kepala otak mama ni belum lagi rasa mampu nak ngadap cermin untuk put all the foundation, so I just used Mary Jardin punya skincare tiap2 hari dan pakai Sutrina cuma bila nak keluar. Still got improvement, right? 🙂

Jadi setakat ini, tiada lagi almari pakai mama punya skincare and makeup since I’ve been using it, teheee 😛

Owh, since they are organic and using mineral punya ingredient, they dont have any negative effect for my face. So, yeah to Mary Jardin and Sutrina! <3

And here comes the story of my obsession.

I’ve become obsessed with beauty product. I just scrolling Hermo website, Body Shop, Hada Labo, even Christy Ng punya website. I dont know what possessed my body, my soul. Setakat ni belum bukak lagi Sephora punya website, itu kalau bukak, first thing mesti add Sugar lipstick dalam cart tu. Adoi.

Adik iols dah pengaruh suruh beli brush. Tapi kalau ikut perangai laki I tu, memang I akan pastikan beli semua satu set teruih. Pastu I nak yang kaler Unicorn tu ekh. Baru cantik! kahkahkah. Demand la hang, Tqah!

Enough with the rant, coz mama need to pick her darling daughter from school <3

 

With love, Mama Tqah

Seminar Rahsia Hipnotis

Assalamualaikum dan Salam Jumaat 🙂

Last week, mama dan suami join kelas Seminar Rahsia Hipnotis. And we both were amazed by the inputs that we get. Siapa kata hipnotis ni macam pukau dan berkait dengan kuasa mistik? Takde okay.

Hipnotis ni, kalau digunakan dengan betul, akan membawa kepada kebaikan.

Dan kalau digunakan dengan cara yang salah, akan membawa kepada keburukan.

Peringatan yang paling penting mama dapat, setiap bait kata2 yang kita keluarkan akan memberi kesan  dan saranan samada kepada kita atau orang lain.

Words is indeed powerful.

Btw, seminar tu start dari pukul 9 pagi sampai 6 petang. Both kids dijaga oleh adik ipar mama, makngah pakngah diaorang. Kakak happy sebab ramai kawan. Abam macam biasalah, manja. Hahaha. Syukur alhamdulillah, diaorang tak buat perangai. 🙂

baca buku dengan Akhi n Arwa
melukis menulis pulak
berebut botol air
Adik Uwais nak bola,tapi abam Bukhari tak bagi. Dia nego dengan suap biskut. Good job.  😛
Mama tertinggal bantal busuk dia. Susah hati dia nak tido mama xde. Alih2 boleh jugak tido sendiri atas sofa. Makngah ajak tido bilik dia takmau  🙂

So, merasalah mama dan abi dating berdua tanpa anak2 di sisi. Hahaha. InsyaAllah bulan 9 ni join yang advanced sikit. Dan alhamdulillah, mama abi dapat diskaun. Terima kasih kat Master Farhan sebab ingat kat kami suami isteri dan terima kasih atas nasihat dan doanya semalam 😀

“Manusia jujur disayang Allah dan Rasul”, Master Farhan

Simple words with great meaning. 🙂

Kalau korang berminat nak join, tekan link ni na >>  www.hypnovengers.com/ihp

 

Salam sayang, mama Tiqah

Frustrated

Assalamualaikum

Sekarang jam menunjukkan pukul 4.46 pagi. Mama stay up dari pukul 11.30 malam tadi untuk siapkan video dan gambar untuk buat post kat fanpage Twelve Ounces Bangi.

Video dah siap, gambar pun dah cun edit, copywriting pun dah ada. Bila nak post kat fb, tak boleh! Sebab kena pakai iphone. Mama mana ada iphoneeee  😥

Stress tau dak? Mama ni spesis susah la nak stay up. Bila dah stay up, gini pulak jadi, rasa frust sangat. Agaknya, apalah yang Allah nak bagi kan?  😕

Hmmmmm..

 

 

 

Sincerely, mama Tiqah

Kenapa Tidak Lebih, Kenapa Tidak Yang Baru, Kenapa Tidak Semuanya?

Assalamualaikum..

First time mama dengar cerita ni masa tengah siapkan breakfast waktu raya. Sembang-sembang macam-macam. Dan cerita ni melekat betul dekat hati mama. So, mama nak share dengan readers blog mama. Mama google dan jumpa dalam bahasa Indonesia. So, mama tolong translate kasi korang faham naa. Hayati la noh. 😉

Alkisah, ada seorang sahabat Rasulullah S.A.W, yang bernama Sya’ban Radhiallahu anhu (r.a). Ia termasuk  seorang sahabat yang tidak begitu menonjol jika dibandingkan dengan sahabat-sahabat Rasul yang lain.

Beliau mempunyai suatu sikap yang unik, iaitu setiap kali masuk ke masjid sebelum solat berjemaah, dia selalu beri’tikaf di sudut depan bahagian masjid. Dia selalu mengambil posisi di sudut depan bukan kerana supaya mudah bersandar atau tidur, namun kerana tidak mahu mengganggu orang lain dan tidak mahu terganggu oleh orang lain dalam beribadah.

 

Kebiasaan ini sudah diketahui dan difahami oleh para sahabat, bahkan oleh Rasulullah S.A.W sendiri, bahawa Sya’ban r.a. selalu berada di posisi tersebut setiap waktu termasuk waktu solat berjemaah.

 

Suatu pagi ketika solat subuh berjemaah hendak dimulakan, Rasulullah S.A.W mendapati bahawa Sya’ban r.a. tidak berada di posisinya seperti yang biasa dia lakukan. Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada jemaah yang hadir, adakah yang melihat Sya’ban r.a.

 

Namun tidak seorang pun jemaah yang melihat Sya’ban r.a. subuh itu. Solat subuh pun ditunda sebentar untuk menunggu kehadiran Sya’ban r.a, namun yang ditunggu tidak muncul juga. Bimbang waktu solat subuh mendekati Syuruk, akhirnya Rasulullah S.A.W memutuskan untuk segera melaksanakan solat subuh berjemaah.

 

Selesai solat subuh, Rasul bertanya, adakah yang mengetahui khabar dari Sya’ban. Namun tidak ada seorang pun yang menjawab. Rasulullah S.A.W bertanya lagi, adakah yang mengetahui di mana rumah Sya’ban r.a. Akhirnya, ada seorang sahabat yang mengangkat tangan dan mengatakan bahawa dia mengetahui di mana rumah Sya’ban r.a.

 

Rasulullah S.A.W yang merasa bimbang sekiranya terjadi sesuatu dengan Sya’ban r.a, meminta dihantarkan ke rumah Sya’ban pagi itu. Ternyata perjalanan dengan jalan kaki cukup jauh dan lama juga ditempuh oleh Rasulullah S.A.W beserta rombongan, sebelum akhirnya sampai ke rumah yang dimaksudkan.

 

Perjalanan rombongan Rasulullah tiba ke rumah yang dituju, saat waktu terbaik untuk melakukan solat dhuha (lamanya kira-kira 3 jam perjalanan). Sampai di depan rumah tersebut, beliau lalu mengucapkan salam. Maka keluarlah seorang wanita sambil membalas salam tersebut.

 

“Benarkah ini rumah Sya’ban?” Rasulullah bertanya.

“Ya benar, saya isterinya” jawab wanita tersebut.

“Bolehkah kami menemui Sya’ban r.a, yang tadi tidak hadir saat solat subuh di masjid?”

Dengan isak tangis dan berlinangan air mata, isteri Sya’ban r.a pun menjawab:

“Beliau telah meninggal dunia tadi pagi ya Rasul”

“Innalilahi wa inna ilaihi rojiuun”.

 

Subhanallah!, ternyata satu-satunya penyebab dia tidak solat subuh berjemaah adalah kerana dia sudah dijemput ajal.

 

Beberapa saat kemudian isteri Sya’ban bertanya kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasul…!, ada sesuatu yang menjadi tanda tanya kami sekeluarga, iaitu menjelang kematiannya dia berteriak sampai tiga kali dengan masing-masing teriakan disertai satu kalimat.

“Kami semua tidak paham apa maksudnya, ya Rasul?”.

“Apakah kalimat yang diucapkannya?” tanya Rasulullah S.A.W.

 

Di setiap teriakannya dia mengucapkan kalimat;

“Aaah, kenapa tidak lebih jauh…”

“Aaah, kenapa tidak yang baru…“

“Aaah, kenapa tidak semua…”

 

Rasulullah S.A.W kemudian membacakan ayat yang terdapat dalam surat Qaaf [50] ayat: 22, yang ertinya: “Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan lalai dari (hal) ini, maka Kami singkapkan dari padamu hijab (yang menutupi) matamu, maka penglihatanmu pada hari itu amat tajam“ (Qs.Qaaf [50]:22)

 

Ternyata, saat Sya’ban r.a dalam keadaan sakaratul maut, perjalanan hidupnya selama di dunia ditayangkan ulang oleh Allah Subhanahu wa Taála. Bukan cuma itu, semua ganjaran dari perbuatannya itu diperlihatkan oleh Allah Subhanahu wa Taála. Apa yang dilihat dan disaksikan oleh Sya’ban r.a (dan orang yang sedang menghadapi sakaratul maut), tidak bisa disaksikan oleh orang lain yang masih hidup.

 

Dalam pandangannya yang tajam itu, Sya’ban r.a melihat suatu adegan dimana dalam kesehariannya dia pergi-pulang ke masjid untuk solat berjamaah lima waktu. Perjalanan yang ditempuhnya sekitar 3 jam jalan kaki sudah tentu bukanlah jarak yang dekat.

 

Dalam tayangan itu pula Sya’ban diperlihatkan pahala yang diperolehnya dari setiap langkah-langkahnya ke masjid. Dia melihat seperti apa bentuk syurga ganjarannya. Maka, saat melihat itu dia lalu berucap:

“ Aaah, kenapa tidak lebih jauh…”

Timbul penyesalan dalam diri Sya’ban r.a, mengapa rumahnya tidak lebih jauh lagi supaya mendapat pahala yang  lebih banyak dan mendapat syurga yang lebih indah.

“……..”

 

 

Dalam penggalan kalimat berikutnya, Sya’ban r.a, melihat saat ia akan berangkat solat berjemaah di musim sejuk. Saat ia hendak membuka pintu, tiba-tiba berhembuslah angin dingin yang menusuk tulang.

Tak lama kemudian dia masuk kembali ke rumahnya mengambil satu baju lagi, untuk dipakainya kerana merasa kesejukan. Jadi sekarang dia mengenakan dua buah baju.

 

Sya’ban r.a, sengaja memakai pakaian yang baru di bagian dalam dan yang lusuh di bagian luar. Fikirnya dalam hati, sekiranya nanti terkena debu, sudah tentu yang terkena debu hanyalah baju yang bahagian luarnya, nanti sampai di masjid dia boleh membuka baju luar dan solat dengan mengenakan baju yang lebih elok.

 

Namun dalam perjalanan menuju masjid, dia mendapati seseorang yang sedang terbaring menggigil kesejukan. Sya’ban pun merasa kesian melihatnya, kemudian segera membuka baju yang bahagian luarnya lalu dipakaikan kepada orang tersebut serta memapahnya bersama-sama menuju masjid untuk melaksanakan solat berjemaah.

 

Orang itu pun terselamat daripada mati kesejukan dan sempat melakukan solat berjamaah. Sya’ban r.a pun kemudian melihat indahnya syurga sebagai balasan dari memakaikan baju buruknya kepada orang tersebut. Kemudian dia berteriak lagi: “Aaah, kenapa tidak yang baru…!” Timbul lagi penyesalan di benaknya.

 

Jika dengan baju buruk sahaja membolehkan dia mendapat pahala yang begitu besar, sudah tentu ia akan mendapat yang lebih besar lagi, sekiranya memakaikan baju yang baru.

 

“……….”

 

Berikutnya, Sya’ban r.a melihat lagi suatu adegan saat dia hendak sarapan dengan roti yang dimakan dengan cara mencelupkan dulu ke segelas susu. Mungkin, bagi yang pernah pergi ke tanah suci sudah tentu mengetahui sebesar apa ukuran roti Arab.

 

Ketika dia baru saja hendak bersarapan, tiba-tiba muncullah seorang pengemis di depan pintu agar diberikan sedikit roti kerana sudah lebih 3 hari perutnya tidak di isi dengan makanan. Melihat kejadian tersebut, Sya’ban r.a merasa hiba dan kasihan. Dia kemudian membahagi dua roti itu sama besar, demikian pula segelas susu itu pun dia bahagi dua.

 

Kemudian mereka makan bersama-sama dengan roti itu yang sebelumnya dicelupkan kedalam susu, dengan porsi yang sama pula… Allah Subhanahu wa Taála kemudian  memperlihatkan pahala dan ganjaran dari perbuatan Sya’ban r.a dengan syurga yang indah.

 

Demi melihat itu dia pun berteriak lagi: “Aaah, kenapa tidak semuanya…!” Sya’ban r.a kembali menyesal. Seandainya dia memberikan semua roti itu kepada pengemis tersebut, tentulah dia akan mendapatkan syurga yang lebih indah lagi.

Masyaallah!, Sya’ban bukan menyesali perbuatannya, tapi menyesali mengapa tidak memberikan yang terbaik.

Always remember to do give your full efforts. 😉

Sincerely;

mamaDarwisy

Hai Hey Hello

Assalamualaikum..

My name is Nurul Atiqah Binti Baharuddin. This is the 3rd blog of mine, I guess? Kinda delete my other blogs since it is waaayyy childish n sangat kelakar okay baca balik post2 lama. Plus, I’ve forgotten all the username and password. 😛

I’m gonna blog in Malay and English. I am sorry for the broken grammar. The only reason i’m writing it in English is so that I can brush up my writing skills. It got so bad nowdays. ==”

I’ll be writing about my everyday life, as a wife, as a mother of two kids, recipes, decoration maybe, n of course, random things!

See you soon, insyaAllah. 😉

 

Sincerely,

MamaDarwisy