“tapi kakak lapar..”

Musim-musim hujan, mama mesti ngelat nak tidur lepas subuh. Yelah, sejuk! Hahaha.

Jadi, pagi tu hujan. Mama pun tarik selimut, nak lelapkan mata. Tiba-tiba dengar suara, “tapi kakak lapar..”.

Mama tengok, kakak tengah tidur. Tengah tidur pun boleh mengigau lapar. Suara sayu shahdu pulak tu.

Terus mata mama segar. Masuk dapur, masak cucur. Hahaha.

Kakak bangun, “ekh, mama dah masak? sedapnyaaa”

Yelah kakak, yelah. Hahahaha

penat sepahkan rumah,kita makan la pulak kan?

Sincerely, mama Darwisy