Kuih Keria Tak Jadi

Assalamualaikum..

Semalam, mama ada masak kuih keria. Pertama kali mama buat. Tapi tak jadi. Hahahaha. Mama tak ikut resepi mana-mana pun. Ikut sedap hati. 😛

Keledek oren tu, mama kukus, lepastu lecek dan tambah tepung. Tapi sebab bila beli, kuih keria tu mesti rasa keras dan manis keledek tu hilang, jadi mama decide untuk tak letak banyak tepung. And guess what? Bila nak sira, gula tu belum sempat keras, kuih keria mama dah lembik berderai tiada rupa dah. :'(

But afraid not, bila makan sedap je pun. Cuma lain kali kena tambah tepung lebih sikit dan, masukkan kuih keria dalam sira gula tu bila air gula tu dah betul-betul pekat. At least I learnt something right?

Kita ni dalam kehidupan, macam masak ni jugaklah. Selalunya, mama masak, jadi je. Alhamdulillah. Tapi Allah takdirkan, semalam mama masak, tak jadi pulak. Hancur berderai. Hidup pun macam tu jugak. Sekarang kita berada di atas. Esok lusa belum tentu. Sementara kita kat atas ni, kena beringatlah, supaya bila kita jatuh tu, tak tersungkur, tersembam susah nau nak bangun. Okay?

By the way, Kuih Keria Antrabangsa is the best Kuih Keira that I’ve tasted so far. Memang sedap gila. Rasa manis keledek tetap ada, manis gula rasa buah2 je, tak keterlaluan manisnya. And its shiny! Kalau korang turun Melaka, please la try wei. Dia buka setiap hari, tapi weekend, public holidays dan cuti sekolah dia akan continously buat kuih keria tu. Kalau hari biasa, dia start menjual pukul 2, dah habis, habislah.. Sedih baq ang. Huhuhu.

Ok. Take care 😉

Sincerely;

mamaDarwisy.