Power Pumping

Assalamualaikum..

Hari ni mama nak share cara untuk boost supply milk production dengan buat TEKNIK POWER PUMPING  😀


Teknik Power Pumping ini adalah satu teknik dimana kita cuba ‘meniru’ keadaan seolah-olah anak kita sedang mengalami growth spurt.

Biasanya waktu bayi sedang mengalami growth spurt, bayi akan menyusu dengan lebih kerap dan lebih lama. Ini akan menyebabkan badan menghasilkan lebih banyak susu.

Ingat konsep ‘supply and demand‘?

Teknik Power Pumping ini menggunakan konsep tersebut di mana payudara akan dikosongkan dengan kerap supaya ianya diisi dengan lebih kerap.

Cara paling simple untuk power pump boleh tengok kat gambar bawah ya!

Power Pumping Guide for Dual Pump
Power Pumping Guide for Single Pump


BERAPA LAMA SAYA PERLU TUNGGU UNTUK NAMPAK HASIL?

Berapa cepat nampak hasil bergantung kepada orang. Ada yang boleh dapat hasil sepantas 48 jam. Ada yang perlu tunggu 3-4 hari. Dan ada yang perlu bersabar selama seminggu.

Yang penting, ibu tak boleh mudah putus asa dan perlu konsisten melakukan teknik ini sampailah nampak hasilnya

Untuk hasil yang lagi bagus,boleh makan makanan yang boleh boost kan susu anda. Makanan macam oats,flaxseeds, Virgin coconut oil, habbatus saudha macam dalam biskut Twelve Ounces ni, dah”proven” boleh bantu supply anda!

Whatsapp mama untuk dibantu ya!

Tekan link ni : www.wasap.my/60134402684

Sincerely, mama Tiqah

Milkbooster berkesan

Assalamualaikum mummies!

Today tqah nak share satu produk best gilerr! Which is Twelve Ounces milkbooster biscuits 😉

Cantik comel cute macam mama kan? 😛

Mama ni start kenal dunia breastfeeding ni, obviously la masa kakak lahir kan. Jadi sampai sekarang, kira dah 4 tahun dalam dunia penyusuan ni. Kakak tak wean off, abang pulak sambung. Boleh kata banyak la ups dan down yang mama pernah alami. 🙂

Milkbooster ni, tak payah ambil pun tak pe sebenarnya. Tapi, korang kena la direct feed (DF) tanpa culas, lepas tu pump kena konsisten, ada jadual, buat power pumping some more, makan makanan berkhasiat and lastly, minum air yang cukup. If you do all these, insyaAllah supply susu tu cukup je untuk anak you.

Habis tu, kenapa mama beriya promote milkbooster ni?

Sebab, nak bantu ibu2 yang tiba2 production susu dia kurang lah. 😉

Susu ibu ni boleh kurang ada banyak faktor. Tapi yang paling selalu pengaruh, adalah sebab emosi. Kita kalau emosi sedih, syahdu jee, memang ke laut lah production susu ni tau. Nak breastfeed kena happy happy, mood kena positive je selalu. InsyaAllah boleh punya BF sampai dua tahun. 😉

Milkbooster ni, ada macam2 jenis. Ada yang kena minum, ada yang kena kemam, ada bentuk pil yang kena telan, ada yang pahit, ada yang manis. Dan mama sendiri pernah try beberapa jenis milkbooster dan milkbooster Twelve Ounces ni so far paling best yang mama pernah try.

Ada milkbooster yang bila kita makan, supply susu kita meningkat, tapi bila kita stop, supply susu kita pun,tak lama drop balik. Tak best la kan macam tu? Sampai bila nak makan milkbooster tu je kan?

Lepas tu, macam yang mama cakap tadi, kemam pil semua tu, bagi mama leceh la nak bancuh, nak kemam telan pil ni. Hahaha. Sebabnya boleh jadi lupa bila penyakit M tu datang 😛

Kakak BF sampai 2 tahun setengah
masih BF sampai sekarang

Mama nak cerita 4 kelebihan utama milkbooster Twelve Ounces cookies ni. Rata2 pengguna Twelve Ounces ni pun cakap benda yang sama tiap kali minta feedback 😉

✔️  Tak payah bancuh, tak payah kemam. Bila lapar, makan je buat snek. Nak bawak pi mana-mana pun senang.
✔️  4 bahan utama biskut kami, merupakan bahan “Galactagogues” iaitu bahan yang boleh promote hormon prolaktin dalam badan yang membantu meningkatkan kualiti susu dari segi kepekatan dan rasa.
✔️ Setiap bahan disukat dengan tepat supaya dengan hanya makan 2 keping biskut sehari, boleh boost supply susu.
✔️ Ada 3 perisa yang dijamin boleh buat uolss tak boleh berhenti makan punya!

Molasses Oat
Very Berry Blast
Double Choc Chunkie

Terliur tak? Hehehe. Mama kalau bukak ni, susah je rasa nak berhenti makan. Budak2 ni pun sibuk nak join sekali. Memang sekali hadap terus lesap, puffff..

Bangun tido, baju basah dek susu banyak nau
“Tank” cepat penuh siap bengkak lagi
Baby cepat kenyang, tido pun lebih lena

Ini semua antara feedback yang kteorang dapat. So kalau uols nak try, HARI NI (7 OGOS 2017) adalah LAST DAY OFFER RM100 untuk 3 PEK! Boleh la korang rasa semua perisa. Berbaloi-baloi! 😀

Cepat jangan lambat. WS mama dekat 013 440 2684 ok?

Sincerely, mama Tiqah

Endang Hyder

Assalamualaikum.

So, pagi ni mama macam biasalah. Supposedly to cook, kemas rumah, update Twelve Ounces Bangi punya fanpage. But suddenly in the middle of endless scrolling dekat facebook jumpa cover lagu dari Endang Hyder.

Apa yang buat mama rasa awesome, Cikgu Endang ni buat cover pakai violin beb. First time mama jumpa. And yes, you read it right, Endang ni cikgu. Macam mana tau? Sebab perempuan dan stalking memang tak dapat dipisahkan. Hahahaha  😆

Comel je mama tengok video dia gesek violin dengan anak dia ni haaa <3

And this, forever my favourite one! Duk berangan nak buat video pakai lagu ni tapi sebab hardware belum mampu nak support software, kita hold dulu. Tunggu cik abang upgrade laptop ni dulu. Hehehe 😛

Ni lagu fav kakak, Hang pi mana pi mana pi mana pi manaaaaa

La ni Cikgu Endang ni dah power dah, setup background cantik, editing video pun dah power  😎

Gaahhh.. Tak jadi keje mama pagi ni. Ayam pun tak bawak keluar dari peti lagi. Hahahaha  😀

Tapi mama siap posting ni, kira productive work jugak kan? 😛

Yang comel, mama Tiqah

 

Impetigo

Assalamualaikum.

So, today mama nak share pasal Impetigo. Impetigo ni, kalau orang kampung, depa panggil kudis api. Kakak abang baru ja kena baru ni.  😕

Impetigo merupakan jangkitan bakteria Staphylococcus Aureus pada kulit. Bakteria ni akan menghasilkan toksin, dan membuatkan kulit jadi gelembung kemerahan dan mempunyai cecair kuning. Bila kering, dia akan jadi hitam keruping. Yang paling tak best, bila gelembung tu pecah, kat mana kena air bisa tu, situ boleh jadi jangkitan juga. Jadi, jangkitan ni boleh kena kat mana-mana ja.  😮

ni masa awal2 jadi

 

ni bila dah start kering

Waktu mula-mula kakak kena dekat lutut su, saiz dia kecik je wei. Kecik sangat. Macam satu button dekat remote tv korang. Kecik kan? Petang tu bila mandi, gedabok besar macam gambar first tu. Geram mama abi tengok tau.

Supposedly, bila dah jadi gelembung tu, pecahkan, cuci dan terus letak krim yang ada antibiotik ok. Antibiotik dan bukan antifungal. Berbeza tu. Kakak hari tu pakai krim Fobancort ni. Alhamdulillah, cepat je eloknya.  😀

Kalau merebak teruk, kena pergi hospital tau, untuk dapatkan antibiotik. Bahaya kalau biar, sebab boleh merebak sampai ke saluran darah, then boleh demam sebab SEPTICEMIA. Kalau pergi ke otak, boleh kena ENCEPHALITIS dan kalau merebak ke buah pinggang, rosak lah buah pinggangnya. Jadi, cepat-cepat berubat okay?  😉

dah sihat, boleh la bergomoi dan berkasih sayang seperti biasa, ye dak? hehehe

Sekian dari mama, take care!  😎

Sincerely, mama Tiqah

Potty Train

Dah dua kali cuba untuk potty train kakak.

GAGAL.

Salah satu sebabnya, kakak malas nak ke toilet. Bila ajak dia pergi toilet, dia akan cakap, “Sabaaar”.

Masalahnya, bila dia tiba-tiba bersuara, “ekh, basah dah la mama”, mama pulak yang rasa kurang sabar. -_-”

Dan hari tu ada check up kakak abang kat klinik. Dan masa check up kakak, nurse tu ada cakap kat dia, “kakak dah besar dah ni, boleh pergi toilet sendiri dah, tak payah pakai pampers”

Esoknya, wish is my birthday, dia dengan sendirinya tak nak pakai pampers okay!  😀

Accident happens, here and there, but not so much damage as we’ve been potty training at her opah’s house. Opah ni, bebel kuat sikit. Dan garang. Hahaha. So, kakak ni bila opah suruh pi toilet, dia mesti pi toilet. No excuses!  😛

So, kali ketiga pottyy train, berjaya! Hehehe. Yang paling best, cukup seminggu potty train, mama bawak kakak pi event doodle Lookisslah. Hahaha. Seronok dia 😀

Ada yang nak mama share ke, macam mana mama boleh train dia potty train? 😉

 

truly, mama Tiqah

“tapi kakak lapar..”

Musim-musim hujan, mama mesti ngelat nak tidur lepas subuh. Yelah, sejuk! Hahaha.

Jadi, pagi tu hujan. Mama pun tarik selimut, nak lelapkan mata. Tiba-tiba dengar suara, “tapi kakak lapar..”.

Mama tengok, kakak tengah tidur. Tengah tidur pun boleh mengigau lapar. Suara sayu shahdu pulak tu.

Terus mata mama segar. Masuk dapur, masak cucur. Hahaha.

Kakak bangun, “ekh, mama dah masak? sedapnyaaa”

Yelah kakak, yelah. Hahahaha

penat sepahkan rumah,kita makan la pulak kan?

Sincerely, mama Tiqah

Kenapa Tidak Lebih, Kenapa Tidak Yang Baru, Kenapa Tidak Semuanya?

Assalamualaikum..

First time mama dengar cerita ni masa tengah siapkan breakfast waktu raya. Sembang-sembang macam-macam. Dan cerita ni melekat betul dekat hati mama. So, mama nak share dengan readers blog mama. Mama google dan jumpa dalam bahasa Indonesia. So, mama tolong translate kasi korang faham naa. Hayati la noh. 😉

Alkisah, ada seorang sahabat Rasulullah S.A.W, yang bernama Sya’ban Radhiallahu anhu (r.a). Ia termasuk  seorang sahabat yang tidak begitu menonjol jika dibandingkan dengan sahabat-sahabat Rasul yang lain.

Beliau mempunyai suatu sikap yang unik, iaitu setiap kali masuk ke masjid sebelum solat berjemaah, dia selalu beri’tikaf di sudut depan bahagian masjid. Dia selalu mengambil posisi di sudut depan bukan kerana supaya mudah bersandar atau tidur, namun kerana tidak mahu mengganggu orang lain dan tidak mahu terganggu oleh orang lain dalam beribadah.

 

Kebiasaan ini sudah diketahui dan difahami oleh para sahabat, bahkan oleh Rasulullah S.A.W sendiri, bahawa Sya’ban r.a. selalu berada di posisi tersebut setiap waktu termasuk waktu solat berjemaah.

 

Suatu pagi ketika solat subuh berjemaah hendak dimulakan, Rasulullah S.A.W mendapati bahawa Sya’ban r.a. tidak berada di posisinya seperti yang biasa dia lakukan. Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada jemaah yang hadir, adakah yang melihat Sya’ban r.a.

 

Namun tidak seorang pun jemaah yang melihat Sya’ban r.a. subuh itu. Solat subuh pun ditunda sebentar untuk menunggu kehadiran Sya’ban r.a, namun yang ditunggu tidak muncul juga. Bimbang waktu solat subuh mendekati Syuruk, akhirnya Rasulullah S.A.W memutuskan untuk segera melaksanakan solat subuh berjemaah.

 

Selesai solat subuh, Rasul bertanya, adakah yang mengetahui khabar dari Sya’ban. Namun tidak ada seorang pun yang menjawab. Rasulullah S.A.W bertanya lagi, adakah yang mengetahui di mana rumah Sya’ban r.a. Akhirnya, ada seorang sahabat yang mengangkat tangan dan mengatakan bahawa dia mengetahui di mana rumah Sya’ban r.a.

 

Rasulullah S.A.W yang merasa bimbang sekiranya terjadi sesuatu dengan Sya’ban r.a, meminta dihantarkan ke rumah Sya’ban pagi itu. Ternyata perjalanan dengan jalan kaki cukup jauh dan lama juga ditempuh oleh Rasulullah S.A.W beserta rombongan, sebelum akhirnya sampai ke rumah yang dimaksudkan.

 

Perjalanan rombongan Rasulullah tiba ke rumah yang dituju, saat waktu terbaik untuk melakukan solat dhuha (lamanya kira-kira 3 jam perjalanan). Sampai di depan rumah tersebut, beliau lalu mengucapkan salam. Maka keluarlah seorang wanita sambil membalas salam tersebut.

 

“Benarkah ini rumah Sya’ban?” Rasulullah bertanya.

“Ya benar, saya isterinya” jawab wanita tersebut.

“Bolehkah kami menemui Sya’ban r.a, yang tadi tidak hadir saat solat subuh di masjid?”

Dengan isak tangis dan berlinangan air mata, isteri Sya’ban r.a pun menjawab:

“Beliau telah meninggal dunia tadi pagi ya Rasul”

“Innalilahi wa inna ilaihi rojiuun”.

 

Subhanallah!, ternyata satu-satunya penyebab dia tidak solat subuh berjemaah adalah kerana dia sudah dijemput ajal.

 

Beberapa saat kemudian isteri Sya’ban bertanya kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasul…!, ada sesuatu yang menjadi tanda tanya kami sekeluarga, iaitu menjelang kematiannya dia berteriak sampai tiga kali dengan masing-masing teriakan disertai satu kalimat.

“Kami semua tidak paham apa maksudnya, ya Rasul?”.

“Apakah kalimat yang diucapkannya?” tanya Rasulullah S.A.W.

 

Di setiap teriakannya dia mengucapkan kalimat;

“Aaah, kenapa tidak lebih jauh…”

“Aaah, kenapa tidak yang baru…“

“Aaah, kenapa tidak semua…”

 

Rasulullah S.A.W kemudian membacakan ayat yang terdapat dalam surat Qaaf [50] ayat: 22, yang ertinya: “Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan lalai dari (hal) ini, maka Kami singkapkan dari padamu hijab (yang menutupi) matamu, maka penglihatanmu pada hari itu amat tajam“ (Qs.Qaaf [50]:22)

 

Ternyata, saat Sya’ban r.a dalam keadaan sakaratul maut, perjalanan hidupnya selama di dunia ditayangkan ulang oleh Allah Subhanahu wa Taála. Bukan cuma itu, semua ganjaran dari perbuatannya itu diperlihatkan oleh Allah Subhanahu wa Taála. Apa yang dilihat dan disaksikan oleh Sya’ban r.a (dan orang yang sedang menghadapi sakaratul maut), tidak bisa disaksikan oleh orang lain yang masih hidup.

 

Dalam pandangannya yang tajam itu, Sya’ban r.a melihat suatu adegan dimana dalam kesehariannya dia pergi-pulang ke masjid untuk solat berjamaah lima waktu. Perjalanan yang ditempuhnya sekitar 3 jam jalan kaki sudah tentu bukanlah jarak yang dekat.

 

Dalam tayangan itu pula Sya’ban diperlihatkan pahala yang diperolehnya dari setiap langkah-langkahnya ke masjid. Dia melihat seperti apa bentuk syurga ganjarannya. Maka, saat melihat itu dia lalu berucap:

“ Aaah, kenapa tidak lebih jauh…”

Timbul penyesalan dalam diri Sya’ban r.a, mengapa rumahnya tidak lebih jauh lagi supaya mendapat pahala yang  lebih banyak dan mendapat syurga yang lebih indah.

“……..”

 

 

Dalam penggalan kalimat berikutnya, Sya’ban r.a, melihat saat ia akan berangkat solat berjemaah di musim sejuk. Saat ia hendak membuka pintu, tiba-tiba berhembuslah angin dingin yang menusuk tulang.

Tak lama kemudian dia masuk kembali ke rumahnya mengambil satu baju lagi, untuk dipakainya kerana merasa kesejukan. Jadi sekarang dia mengenakan dua buah baju.

 

Sya’ban r.a, sengaja memakai pakaian yang baru di bagian dalam dan yang lusuh di bagian luar. Fikirnya dalam hati, sekiranya nanti terkena debu, sudah tentu yang terkena debu hanyalah baju yang bahagian luarnya, nanti sampai di masjid dia boleh membuka baju luar dan solat dengan mengenakan baju yang lebih elok.

 

Namun dalam perjalanan menuju masjid, dia mendapati seseorang yang sedang terbaring menggigil kesejukan. Sya’ban pun merasa kesian melihatnya, kemudian segera membuka baju yang bahagian luarnya lalu dipakaikan kepada orang tersebut serta memapahnya bersama-sama menuju masjid untuk melaksanakan solat berjemaah.

 

Orang itu pun terselamat daripada mati kesejukan dan sempat melakukan solat berjamaah. Sya’ban r.a pun kemudian melihat indahnya syurga sebagai balasan dari memakaikan baju buruknya kepada orang tersebut. Kemudian dia berteriak lagi: “Aaah, kenapa tidak yang baru…!” Timbul lagi penyesalan di benaknya.

 

Jika dengan baju buruk sahaja membolehkan dia mendapat pahala yang begitu besar, sudah tentu ia akan mendapat yang lebih besar lagi, sekiranya memakaikan baju yang baru.

 

“……….”

 

Berikutnya, Sya’ban r.a melihat lagi suatu adegan saat dia hendak sarapan dengan roti yang dimakan dengan cara mencelupkan dulu ke segelas susu. Mungkin, bagi yang pernah pergi ke tanah suci sudah tentu mengetahui sebesar apa ukuran roti Arab.

 

Ketika dia baru saja hendak bersarapan, tiba-tiba muncullah seorang pengemis di depan pintu agar diberikan sedikit roti kerana sudah lebih 3 hari perutnya tidak di isi dengan makanan. Melihat kejadian tersebut, Sya’ban r.a merasa hiba dan kasihan. Dia kemudian membahagi dua roti itu sama besar, demikian pula segelas susu itu pun dia bahagi dua.

 

Kemudian mereka makan bersama-sama dengan roti itu yang sebelumnya dicelupkan kedalam susu, dengan porsi yang sama pula… Allah Subhanahu wa Taála kemudian  memperlihatkan pahala dan ganjaran dari perbuatan Sya’ban r.a dengan syurga yang indah.

 

Demi melihat itu dia pun berteriak lagi: “Aaah, kenapa tidak semuanya…!” Sya’ban r.a kembali menyesal. Seandainya dia memberikan semua roti itu kepada pengemis tersebut, tentulah dia akan mendapatkan syurga yang lebih indah lagi.

Masyaallah!, Sya’ban bukan menyesali perbuatannya, tapi menyesali mengapa tidak memberikan yang terbaik.

Always remember to do give your full efforts. 😉

Sincerely;

mamaDarwisy

Kuih Keria Tak Jadi

Assalamualaikum..

Semalam, mama ada masak kuih keria. Pertama kali mama buat. Tapi tak jadi. Hahahaha. Mama tak ikut resepi mana-mana pun. Ikut sedap hati. 😛

Keledek oren tu, mama kukus, lepastu lecek dan tambah tepung. Tapi sebab bila beli, kuih keria tu mesti rasa keras dan manis keledek tu hilang, jadi mama decide untuk tak letak banyak tepung. And guess what? Bila nak sira, gula tu belum sempat keras, kuih keria mama dah lembik berderai tiada rupa dah. :'(

But afraid not, bila makan sedap je pun. Cuma lain kali kena tambah tepung lebih sikit dan, masukkan kuih keria dalam sira gula tu bila air gula tu dah betul-betul pekat. At least I learnt something right?

Kita ni dalam kehidupan, macam masak ni jugaklah. Selalunya, mama masak, jadi je. Alhamdulillah. Tapi Allah takdirkan, semalam mama masak, tak jadi pulak. Hancur berderai. Hidup pun macam tu jugak. Sekarang kita berada di atas. Esok lusa belum tentu. Sementara kita kat atas ni, kena beringatlah, supaya bila kita jatuh tu, tak tersungkur, tersembam susah nau nak bangun. Okay?

By the way, Kuih Keria Antrabangsa is the best Kuih Keira that I’ve tasted so far. Memang sedap gila. Rasa manis keledek tetap ada, manis gula rasa buah2 je, tak keterlaluan manisnya. And its shiny! Kalau korang turun Melaka, please la try wei. Dia buka setiap hari, tapi weekend, public holidays dan cuti sekolah dia akan continously buat kuih keria tu. Kalau hari biasa, dia start menjual pukul 2, dah habis, habislah.. Sedih baq ang. Huhuhu.

Ok. Take care 😉

Sincerely;

mamaDarwisy.

Hai Hey Hello

Assalamualaikum..

My name is Nurul Atiqah Binti Baharuddin. This is the 3rd blog of mine, I guess? Kinda delete my other blogs since it is waaayyy childish n sangat kelakar okay baca balik post2 lama. Plus, I’ve forgotten all the username and password. 😛

I’m gonna blog in Malay and English. I am sorry for the broken grammar. The only reason i’m writing it in English is so that I can brush up my writing skills. It got so bad nowdays. ==”

I’ll be writing about my everyday life, as a wife, as a mother of two kids, recipes, decoration maybe, n of course, random things!

See you soon, insyaAllah. 😉

 

Sincerely,

MamaDarwisy