5 Tips Supaya Anak Selesa Duduk Di Car Seat

Assalamualaikum mummies and daddies! <3

I am a bit curious to know if there are any daddies that read my blog except my hubby-bae. Hehehehe.

Hari ni, mama nak share tips supaya anak selesa duduk di car seat. It is not easy, but of course worth it. Tak payah nak pangku-pangku, senang! Dan keselamatan tu lebih terjamin, insyaAllah, since dengan pemakaian car seat ni boleh membantu mengurangkan risiko kecederaan teruk sekiranya kemalangan terjadi.

So, lets get started! 😀

#1 – Mulakan seawal yang mungkin

Seawal yang mana? Seawal keluar daripada hospital seeloknya. Ini supaya anak terbiasa dari awal kelahiran yang tempatnya di dalam kereta adalah di car seat.

#2 – Pilih car seat yang sesuai

Pemilihan car seat adalah sangat penting, supaya anak sentiasa berasa selesa ketika berada di dalam car seat. Sekarang ni ada macam-macam pilihan car seat, dari murah ke mahal. Tips dari mama, beli terus car seat yang boleh digunakan dari bayi sehingga umurnya 4 tahun. Jimat banyak, ok? 😉

#3 – Jadikan rutin setiap kali masuk kereta

Setiap kali masuk kereta, terus letak anak dalam car seat. Buat setiap kali masuk kereta walaupun jarak dari rumah dengan destinasi kita tu cuma 5 minit waktu perjalanan. Ini untuk beri anak faham, yang tiap kali masuk kereta, anak perlu duduk car seat.

#4 – Pastikan anak selesa

Anak, atau biasanya bayi, akan menangis disebabkan 3 perkara sahaja, iaitu;

  • Lapar
  • Mengantuk
  • Tak selesa / tak sihat

Jadi, sebelum mulakan perjalanan, pastikan anak sudah disusukan atau diberi makan, pampers kering, sihat untuk berjalan. Dodoikan anak yang mengantuk dengan zikir atau lagu yang biasa anak dengar sebelum tidur.

Boleh juga sediakan snek ringan supaya anak boleh makan ketika dalam perjalanan, terutamanya ketika berjalan jauh.

#5 – Beri pesanan pada anak

Setiap kali sebelum keluar, ibu atau bapa boleh beri pesanan pada anak supaya duduk di car seat setelah masuk kereta. Sekiranya dipatuhi, dapat berjalan. Kalau tak, balik rumah semula. Atau apa-apa hadiah atau denda yang dirasakan bersesuaian.

Budak, sementara nak biasa, memang banyak perangainya. Dah biasa nanti, ok lah tu. Macam kakak Aroush dan Abam Bukhari la, awal2 ja teriak sakan, lama2, dia sendiri suruh pasangkan seat belt dia tu. Yang penting, food are friends. Bagi makan, senyap terus. Hehehehe 😉

All the best, mummies <3

 

Sincerely, Mama Tiqah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.