5 Makanan Larangan Sewaktu Menyusu

Assalamualaikum 🙂

Hari ni Mama Tiqah nak share mengenai 5 makanan larangan sewaktu menyusu. Kenapa panggil makanan larangan? Sebabnya, bila makan makanan ni, production susu boleh kurang atau baby akan mengalami ketidakselesaan 😉

#1 – Makanan yang ‘berangin’

Makanan yang ‘berangin’ boleh menyebabkan anak kita kembung perut. Jadi, kita perlu berhati-hati apabila makan makanan yang berangin ini.

Antara contoh makanan yang ‘berangin’ adalah Ubi dan Pulut.

#2 – Makanan yang pedas dan berempah

Ada sesetengah ibu-ibu memang suka makan pedas. Tak cukup nikmat makan kalau makanan tu tak pedas. Tapi, perhatikanlah anak kita setiap kali kita makan pedas tau. Perhatikan sama ada anak kita cirit birit ke tak sebab ada sesetengah baby memang akan cirit birit kalau kita makan pedas. Perut mereka yang kecil itu masih belum boleh terima.

Rempah yang terlebih pun boleh menyebabkan cirit birit pada baby. Contohnya, makan kari pekat-pekat memang letak rempah kari banyak masa memasak. Memang sedap, tapi kita makan berdua, bukannya seorang. 🙂

#3 Kekacang

Kacang adalah bahaya kalau kita makan terlalu banyak sebab boleh mengakibatkan baby kita menjadi alahan kepada kacang bila besar nanti. Alahan kacang nie dah la memang menakutkan, sampai boleh buat sesak nafas kalau termakan walaupun sedikit.

#4 Minuman Berkaffein

Minuman berkaffein memang sangatlah tak sesuai diambil masa menyusukan baby. Bukan setakat anak kita boleh kembung perut, tapi boleh menyebabkan susu kita berkurang pada masa yang sama.
Contoh caffein adalah air teh, kopi, dan juga air berkabonat.

 
#5 Alkohol

Kebiasaannya orang minum alkohol sebab nak buang lemak supaya boleh kurus semula selepas bersalin, tapi bila kita kerap minum alkohol, ia akan menyukarkan proses ‘let down’ semasa menyusukan anak. Proses ‘let down’ ini amat penting untuk mengeluarkan susu hindmilk yang amat berkhasiat untuk pertumbuhan baby kita. Buat yang beragama islam, minuman beralkohol ini haram ya.

Setakat ni je sharing mama pada hari ni. Nanti mama share lagi naaa <3
Sincerely, mama Tiqah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.